Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts
Monday, 1 May 2017
**Tips Viral Hartanah** 6 tip buat orang muda yang tak banyak modal, tapi berniat nak beli rumah tahun ini.
Tak semestinya pelaburan hartanah sentiasa gunakan sejumlah modal yang besar.
Ada saja kes pelabur yang gunakan modal yang minima untuk membeli rumah. Bahkan ramai dah orang buat benda ni. Boleh Tok kata, kalau ada ilmu yang betul, semua boleh jadi.
Korang yang baru lepas graduate tu, Tok cadangkan baca perkongsian Tuan Harith Faisal ini. Biar cepat-cepat korang dapat beli rumah tanpa gunakan modal yang banyak.
Tip ini sesuai untuk anak muda yang baru lepas habis belajar. Bukan takat itu saja, semua orang pun boleh gunakan.
**Selanjutnya sila klik Gambar dibawah untuk teruskan pembacaan..
**Tips Viral Hartanah** 10 perkara pelabur hartanah newbie wajib amal. Tip No. #8 jamin pelaburan anda sentiasa buat untung.
10 perkara pelabur hartanah newbie wajib amal. Tip No. #8 jamin pelaburan anda sentiasa buat untung
Takde siapa yang nak rugi bila melabur. Dah tentu kita mahu buat untung, walaupun sikit.Macam yang Warren Buffett pernah cakap:
“RULE NO.1 IN INVESTING IS NEVER LOSE MONEY. RULE NO.2 IS, NEVER FORGET RULE NO.1.”
Matt Faircloth daripada BiggerPockets.com ada kongsikan 10 rukun pelaburan yang wajib setiap pelabur amal, kalau tak mahu rugi teruk. Baca dan amalkan ilmu yang baik ni ya.
Rukun #1: Mulakan dengan hasil yang kita mahu capai
Semasa mahu mula melabur, kita boleh kaji dulu bagaimana hendak mencapai objektif yang dituju.
Rangka soalan seperti berikut bagi merangka objektif pelaburan yang baik:
1) Adakah kita mahu sewakan kepada orang?
2) Atau kita mahu beli dan flipping (jual)?
3) Apakah jenis ubah suai rumah yang korang nak buat?
4) Berapakah bajet yang korang letak untuk ubah suai rumah?
**Nak tau yang #8 tu apa tips nya.. teruskan membaca dengan gambar/link dibawah.. :-)
**Tips Viral Hartanah** 5 Isu Penting Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong.
**Tips Viral Hartanah**
5 Isu Penting Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Lelong.
Pada masa ini lelongan hartanah menjadi semakin hangat berikutan bilangan hartanah yang dilelong semakin meningkat.
Ramai juga semakin berminat untuk membeli hartanah lelong kerana sesetengahnya dilelong pada harga lebih rendah dari nilai pasaran.
Tetapi sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah lelong, berikut adalah beberapa isu utama berkaitan hartanah lelong yang perlu anda ketahui......
Klik Link dibawah untuk meneruskan bacaan..
http://tipshartanah.net/blog/2017/04/12/5-isu-penting-sebelum-beli-rumah-lelong/
Saturday, 31 December 2016
**INFO HARTANAH** FORMULA MUDAH KIRA KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
Apa perkara yang wajib korang buat sebelum beli rumah?
Dah tentu kena tahu dulu berapa banyak yang layak korang pinjam daripada bank.
Benda ni akan senangkan kerja memilih rumah yang ngam dengan pendapatan dan kapasiti kewangan korang.
Pada masa yang sama, peluang loan rumah untuk lulus juga akan jadi lebih tinggi.
Banyak yang korang akan belajar daripada perkongsian Tuan Harith Faisal yang ini. Mudah-mudahan, bertambah senang untuk korang beli rumah lagi dan lagi.
Kawan yang sama gaji dengan Abu berjaya beli rumah RM300,000. Cuma, nasib Abu tak sama…
Abu: “Dah lama aku survey rumah area sana. Ada satu unit ni, harga RM300,000. Cantik. Owner nak jual cepat. Okay tak kalau aku beli?
Ali: “Kau dah kira kelayakan untuk buat pinjaman bank ke belum?”
Abu: “Belum. Tapi kawan ofis aku gaji sama macam aku je. Boleh je dia beli rumah harga macam tu. Takkan aku punya tak lepas, kan?”
Ali: “Belum tentu lagi bro. Tak semestinya gaji sama, layak beli rumah harga yang sama. Bergantung jugak kat komitmen masing-masing.”
Abu: *Krik krik krik
Ramai yang saya perasan macam ni.
Dah plan nak beli rumah dan dah siap cari pun, tapi diri sendiri langsung tak tau kelayakan untuk meminjam daripada bank.
Macam mana nak tahu berapa banyak yang kita boleh pinjam?
Jangan korang buang masa berbulan cari rumah harga RM300,000. Tapi hakikatnya, rumah RM200,000 pun belum tentu korang lepas.
Untuk jimatkan masa, saya kongsikan kiraan asas harga rumah yang layak korang beli.
Contoh kiraan ni seperti kat bawah:
- Formula kira Pendapatan Bersih sebelum kira DSR:
- Gaji – Potongan (Zakat, EPF, SOCSO, Cukai) = Pendapatan Bersih
- RM2,500 – RM200 =
- RM2,300.
- Formula kira Jumlah DSR Maksimum:
- Pendapatan Bersih – DSR (%) = DSR Maksimum
- RM2,300 X 60% =
- RM1,380.
Kenapa kena darab dengan 60%?
Contoh ni, saya gunakan DSR Masksimum untuk Gaji Bersih sebanyak RM2,300 daripada bank CIMB.
DSR maksimum yang CIMB benarkan adalah 60%. Lain bank, lain kadar DSR Maksimum.
Dan katakan pulak, korang ada komitmen lain seperti ansuran kereta sebanyak RM400.
Baki monthly repayment yang korang layak dapat adalah:
- RM1,380 (DSR Maksimum) – RM400 (ansuran kereta) =
- RM980.
Formula untuk tahu berapa harga rumah yang anda layak beli sekarang
Kita ambil balik contoh dekat atas tadi (RM980).
Gunakan kiraan ni:
- Baki Monthly Repayment x 200 = Pinjaman yang korang layak dapat.
- RM980 x 200 =
- RM196,000.
Dah tau korang layak dapat loan sampai RM196,000 je. Tak payah la menggatal cari rumah harga sampai RM500,000. Memang tak dapat nak tolong.
Nota: Ini adalah formula untuk mudahkan kiraan. Korang boleh ke bank untuk dapatkan kiraan tepat.
Maklumat tambahan DSR yang anda pasti suka nak tahu
Bawah ni pulak saya selitkan maklumat ekstra untuk korang. Cuma, mungkin maklumat ni tak 100% tepat dan mungkin dah di-update.
Tapi korang boleh je gunakan ni sebagai guideline untuk kira berapa yang korang layak.
- BIMB (Bank Islam):
- Gaji bawah RM7,000 = DSR Maksimum 70%.
- Gaji atas RM7,000 = DSR Maksimum 75%.
- AmBank:
- Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
- Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 70%.
- Maybank:
- Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 40%.
- Gaji atas RM3,500 = DSR Maksimum 70%.
- CIMB:
- Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 60%.
- Gaji bawah RM3,500 = DSR Maksimum 75%.
- MBSB:
- DSR Maksimum = 80%.
- RHB:
- Gaji bawah RM2,600 = DSR Maksimum 55%.
- Gaji atas RM2,600 = DSR Maksimum 75%.
- Affin Bank:
- Gaji bawah RM5,000 = DSR Maksimum 60%.
- Gaji atas RM5,000 = DSR Maksimum 80%.
DSR berubah mengikut polisi bank masing-masing. Korang boleh walk-in ke bank dan minta nasihat pegawai kat sana untuk kiraan yang lebih tepat.
Sekarang, dah boleh fikir macam mana kawan Abu beli rumah RM300,000, tapi gaji sama je macam Abu? Ha, pandai-pandai la korang cari jawapan. Haha.
Nota: Silakan SHARE kalau artikel ni bermanfaat.
#harithfaisal
—
Kalau amal ilmu ni, In Shaa Allah memang senang-senang je bank approve-kan permohonan loan korang. Sebab mereka tau korang mampu bayar balik.
Yang lain-lain tu, pandai-pandai la jaga. CCRIS dan CTOS kasi cun-melecun. Jangan buat-buat tak tau pulak ye.
Copy&Paste from: http://gilahartanah.com/kira-harga-rumah-anda-layak-beli-tahun-ini/
Friday, 29 July 2016
12 FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KOS GUAMAN UNTUK JUAL BELI HARTANAH
1. Anggaran Kos Guaman
Anggaran kos guaman untuk sesuatu urusan jual beli hartanah adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli sesuatu hartanah, dimana pecahan kos yang terperinci adalah seperti berikut:-
Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-
- yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah milik hartanah tersebut,
- perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan pindah milik hartanah tersebut (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).
Lebih kurang 2.5% lagi adalah untuk :-
- yuran guaman peguam bagi urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya,
- perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan pinjaman dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).
2. Yuran Guaman Mengikut Peratusan Nilai Hartanah
Yuran guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan
pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam
Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976
seperti berikut:-
3. Yuran Guaman Untuk Hartanah Yang Dibeli Dengan Pemaju
Untuk hartanah dalam pembinaan dan dibeli dengan pemaju yang
tertakluk kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966,
kadar yuran guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan juga urusan
pinjaman/ gadaian adalah seperti berikut:-
4. Skala Yuran Guaman Wajib Diikuti Oleh Peguam
Yuran guaman tersebut wajib diikuti oleh semua peguam. Kegagalan
peguam mematuhi peraturan tersebut adalah merupakan kesalahan disiplin
yang serius di bawah akta tersebut dan jika didapati bersalah oleh
Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam, peguam tersebut boleh dikenakan
tindakan disiplin yang tegas termasuklah boleh didenda dan Sijil Amalan
Guaman peguam tersebut boleh di tarik balik.
5. Semakin Tinggi Nilai Hartanah, Semakin Rendah Skala Yuran Guaman
Semakin tinggi harga jual beli atau nilaian sesuatu hartanah, semakin
rendah skala yuran guaman yang akan dikenakan oleh peguam kepada anak
guam mereka.
6. Peguam Tidak Boleh Beri Diskaun Yuran Guaman
Di dalam Peraturan 6, Solicitors’ Remuneration Order 2005 juga
dinyatakan bahawa peguam tidak dibenarkan memberi diskaun kepada anak
guam mereka terhadap yuran guaman yang dikenakan.
7. Contoh Kos Disbursement Yang Ditanggung Pembeli
Kos disbursement untuk urusan jual beli/ pindah milik dan
pinjaman/ gadaian yang perlu ditanggung oleh pembeli adalah seperti kos
untuk bayaran duti stem perjanjian jual beli, bayaran duti stem pindah
milik, yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, carian rasmi,
permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan
gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, carian kebankrapan dan
8. Kadar Bayaran Disbursement Ditetapkan Oleh Pihak Berkuasa
Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan
lain-lain. Lebih ½ daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk
tujuan bayaran disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang
berkenaan (dalam bahasa mudah, bayaran kepada Kerajaan). Hanya tidak
sampai ½ sahaja daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk
bayaran yuran guaman peguam.
9. Semakin Tinggi Nilai Hartanah, Semakin Tinggi Bayaran Disbursement
Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu hartanah, semakin tinggi bayaran disbursement
yang terpaksa ditanggung oleh pembeli. Misalnya, untuk duti stem pindah
milik sahaja, kadar duti stem yang dikenakan oleh LHDN adalah seperti
berikut:-
10. Bayaran Pendaftaran Adalah Mengikut Harga Jual Beli
Untuk urusan pendaftaran pindah milik di pejabat tanah (di negeri
Pahang) pula, bayaran pendaftaran adalah mengikut harga jual beli/
nilaian sesuatu hartanah seperti berikut:-
Oleh yang demikian, secara perbandingan, sekiranya pembeli membeli
rumah yang dalam pembinaan daripada pemaju, yang mana harganya RM800,000.00, pembeli terpaksa membayar RM18,850.00 untuk bayaran duti stem pindah milik dan pendaftaran pindah milik sahaja (belum dicampur dengan bayaran disbursements yang lain), sedangkan pembeli hanya membayar sebanyak RM3,932.50 sahaja untuk yuran guaman peguam.
Jadi jelas di sini membuktikan, sebahagian besar kos guaman yang terpaksa dikeluarkan oleh pembeli adalah untuk bayaran disbursement, dan bukannya untuk bayaran yuran guaman peguam, sebagaimana tanggapan ramai orang.
11. Senarai Tugas Peguam Berkaitan Urus Jual Beli Hartanah
Yuran guaman tersebut pula adalah untuk kerja-kerja yang dilakukan
oleh peguam termasuklah tetapi tidak terhad kepada kerja-kerja seperti
berikut:-
- Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan urusan dan proses jual beli hartanah
- Menyediakan perjanjian jual beli dan dokumen pindah milik
- Mempastikan terma-terma perjanjian jual beli tersebut melindungi kepentingan anak guam dan selari dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan
- Mempastikan semua dokumen teratur sebelum menyediakan sesuatu perjanjian jual beli dan sebelum anak guam menandatangani perjanjian jual beli tersebut
- Menguruskan proses pelepasan gadaian daripada bank penjual
- Menguruskan urusan permohonan kebenaran pindah milik dan kebenaran gadaian
- Menguruskan urusan pindah milik hartanah daripada penjual kepada pembeli
- Berhubung dan follow up dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan urusan jual beli dan pindah milik hartanah
- Menguruskan dokumentasi pinjaman perumahan anak guam
- Memberi nasihat perundangan kepada anak guam berkaitan dengan urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah
- Menguruskan urusan gadaian hartanah daripada pembeli kepada bank
- Menguruskan urusan adjudikasi dan bayaran duti stem
- Mempastikan pembayaran harga jual beli mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli
- Mempastikan penyerahan milikan kosong dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli
- Sebagai stakeholder (pemegang pertaruhan) terhadap bayaran harga jual beli yang dibuat oleh pembeli sebelum boleh dilepaskan kepada penjual
- Dan lain-lain kerja yang berkaitan dan bersangkutan dengan urusan jual beli sesuatu hartanah
12. Peguam Berhadapan Risiko Liabiliti
Yuran guaman tersebut juga adalah sebagai bayaran terhadap risiko professional liability
yang bakal ditanggung oleh peguam tersebut, seandainya beliau gagal
melaksanakan segala tanggungjawabnya yang munasabah untuk mempastikan
hak.
Dan kepentingan anak guamnya sentiasa dilindungi atau sekiranya
peguam tersebut menyebabkan sesuatu perkara yang boleh mendedahkan anak
guamnya kepada risiko kerugian akibat kegagalan dan/atau kecuaian peguam
tersebut dalam kerja-kerja yang mereka lakukan yang berkaitan dengan
urusan jual beli hartanah tersebut.
Maka, adalah wajar skala yuran guaman tersebut mengikut jumlah harga
jual beli/ nilaian sesuatu hartanah. Ini kerana sudah pasti lagi besar
nilai sesuatu hartanah, lebih besar juga risiko yang bakal dihadapi oleh
peguam.
Ini kerana sekiranya peguam gagal menjalankan tugasnya denga betul,
risiko peguam berhadapan dengan tuntutan ganti rugi daripada anak guam
dan pihak ke tiga juga adalah lebih besar, mengambil kira nilaian
hartanah tersebut juga adalah besar.
Kesimpulan
Yuran guaman yang dikenakan oleh peguam kepada anak guam untuk urusan
jual beli sesuatu hartanah dan urusan pinjaman bank telah ditetapkan
oleh undang-undang. Ia adalah munasabah dan berpadanan dengan tugas dan
risiko liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh peguam.
Sebahagian besar daripada kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran disbursement dan bukan kesemua kos guaman tersebut “masuk poket” peguam semata-mata.
Tugas peguam dalam urusan jual beli hartanah bukan setakat bersifat perkeranian (clerical) semata-mata, tetapi ianya juga bersifat perundangan (legal).
Peguam yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan
sempurna, munasabah dan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia
ada, boleh berhadapan dengan tindakan disiplin oleh Majlis Peguam,
tindakan sivil oleh anak guam dan pihak ke tiga, dan juga tindakan
kesalahan jenayah oleh pihak berkuasa (seperti kesalahan pecah amanah
dan sebagainya).
Oleh yang demikian, maka wajarlah yuran guaman tersebut setimpal
dengan tugas, tanggungjawab dan risiko liabiliti yang ditanggung oleh
peguam itu sendiri.
Info link : http://www.majalahniaga.com/12-fakta-yang-anda-perlu-tahu-tentang-kos-guaman-urusan-jual-beli-hartanah.html
KOS JUAL BELI RUMAH - PANDUAN PENTING SEBELUM JUAL BELI - KOS GUAMAN
Perkara utama yang biasanya ditanya oleh client sama ada owner atau buyer ialah ‘Berapa Kos Jual Beli Rumah? Kebanyakan orang tak tahu berapa kos yang mereka perlu keluarkan.
Malah ada yang ingat kos adalah sifar. Percuma sahaja.
.
Kos Jual Beli Rumah boleh dibahagikan kepada

Buyer hendaklah sediakan 10% deposit. Iaitu 10% dari harga jualan rumah. Pembayaran 10% tersebut dibuat sebanyak 2 kali iaitu semasa pembayaran booking (3.18%) dan semasa sign Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) iaitu 6.82%.
Ada beberapa kes yang dibolehkan untuk membayar secara ansuran atau selepas S&P, contohnya pembayaran melalui EPF, nego dengan owner dan sebagainya
Untuk makluman, pembelian rumah pertama dan kedua, margin pinjaman masih 90%. Bagi rumah ketiga margin pinjaman adalah 70%. Ini bagi kes pinjaman perumahan bank.

Kos guaman (legal fee) terbahagi kepada 2 iaitu Perjanjian Jual Beli ‘Sale and Purchase Agreement’ (S&P) dan Duti Setem (MoT).
Anggaran kasar bagi dua (2) kos tersebut adalah 5% dari harga jualan hartanah. Iaitu pecahan 2.5% untuk S&P dan 2.5% untuk MoT (Duti Setem).
Bagi setiap kos tersebut ada dua (2) bahagian iaitu;

a) Yuran Guaman: Adalah sama dengan Yuran Guaman Bagi Kos yang berkaitan dengan Perjanjian S&P. Tapi ia dikira berdasarkan jumlah pinjaman yang diluluskan.

MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful. MLTT: Mortgage Level Term Takaful
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance. MLTA: Mortgage Level Term Assurance
Ini bermaksud MRTT dan MLTT adalah produk patuh syariah, manakala MRTA dan MLTA tidak. Setiap produk ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting ia adalah entiti untuk perlindungan rumah.
Untuk bacaan lanjut boleh klik lini ini Perbezaan MRTT dan MLTT

Kos penilaian kebiasaanya bagi rumah berharga bawah RM 200,000 adalah RM 850. Ada jadual penilaian yang disediakan. Pakar dalam bidang ini ialah penilai ‘valuer‘.
Sekiranya anda ingin membuat semakan harga dan nilai hartanah anda. Boleh hubungi saya. Ramai kenalan valuer yang boleh bantu.
.
Maka caj yang dikenakan kepada Tuan/Puan hanyalah sedikit sahaja iaitu di bahagian disbursement. Itu bagi kos S&P sahaja.

Lantikan ejen hartanah adalah lantikan profesional yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia iaitu maksima sebanyak 3.00% dari harga jualan dan ditambah dengan Caj GST iaitu sebanyak 6% dari Kos Agensi / Ejen iaitu berjumlah 3.18% dari harga jualan rumah.
Tugasan ejen hartanah meliputi pengiklanan, kerjasama antara ejen hartanah lain, bantu hubungkan antara peguam, banker, owner dan buyer. Dalam kata mudah, menjaga hak dan kepentingan dua (2) pihak iaitu owner dan buyer.

“Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain)” dari web HASiL.
Berita baik, pengecualian sekali seumur hidup diberikan. Jadi buat keputusan terbaik, hartanah mana yang anda ingin buat pengecualian.
Malah ada yang ingat kos adalah sifar. Percuma sahaja.
.
Kos Jual Beli Rumah boleh dibahagikan kepada
- Kos yang ditanggung oleh owner / vendor / pemilik
- Kos yang ditanggung oleh buyer / purchaser / pembeli
Kos Jual Beli Rumah Bagi Buyer
Pertama, saya akan terangkan kos yang akan ditanggung oleh buyer1) 10% Deposit
Buyer hendaklah sediakan 10% deposit. Iaitu 10% dari harga jualan rumah. Pembayaran 10% tersebut dibuat sebanyak 2 kali iaitu semasa pembayaran booking (3.18%) dan semasa sign Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) iaitu 6.82%.
Ada beberapa kes yang dibolehkan untuk membayar secara ansuran atau selepas S&P, contohnya pembayaran melalui EPF, nego dengan owner dan sebagainya
Untuk makluman, pembelian rumah pertama dan kedua, margin pinjaman masih 90%. Bagi rumah ketiga margin pinjaman adalah 70%. Ini bagi kes pinjaman perumahan bank.
2) Kos Yuran Guaman (S&P & Duti Setem)
Kos guaman (legal fee) terbahagi kepada 2 iaitu Perjanjian Jual Beli ‘Sale and Purchase Agreement’ (S&P) dan Duti Setem (MoT).
Anggaran kasar bagi dua (2) kos tersebut adalah 5% dari harga jualan hartanah. Iaitu pecahan 2.5% untuk S&P dan 2.5% untuk MoT (Duti Setem).
Bagi setiap kos tersebut ada dua (2) bahagian iaitu;
- S&P: Professional Fees dan Disbursement.
- MoT: Professional Fees dan Disbursement
3) Kos Berkaitan Perjanjian Pinjaman (Yuran Guaman & Duti Setem)
Kos ini biasanya telah terkandung dalam pinjaman perumahan bank. Tapi bagi kes pinjaman perumahan kerajaan yuran ini ditanggung oleh pembeli.a) Yuran Guaman: Adalah sama dengan Yuran Guaman Bagi Kos yang berkaitan dengan Perjanjian S&P. Tapi ia dikira berdasarkan jumlah pinjaman yang diluluskan.
4) Kos Takaful / Insuran (MRTT, MLTT, MRTA, MLTA)
MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful. MLTT: Mortgage Level Term Takaful
MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance. MLTA: Mortgage Level Term Assurance
Ini bermaksud MRTT dan MLTT adalah produk patuh syariah, manakala MRTA dan MLTA tidak. Setiap produk ada kelebihan dan kekurangannya. Yang penting ia adalah entiti untuk perlindungan rumah.
Untuk bacaan lanjut boleh klik lini ini Perbezaan MRTT dan MLTT
5) Kos Penilaian (Valuation)
Kos penilaian kebiasaanya bagi rumah berharga bawah RM 200,000 adalah RM 850. Ada jadual penilaian yang disediakan. Pakar dalam bidang ini ialah penilai ‘valuer‘.
Sekiranya anda ingin membuat semakan harga dan nilai hartanah anda. Boleh hubungi saya. Ramai kenalan valuer yang boleh bantu.
.
Kos Jual Beli Rumah Bagi Owner / Penjual
Bagi pihak penjual /owner, ada beberapa bayaran yang dikenakan.1) Kos Guaman Jual Beli Rumah
Kos guaman yang dikenakan adalah sama dengan pembeli. Tapi jangan risau, pihak penjual boleh bayar dengan lebih rendah sekiranya Tuan/Puan memilih untuk ‘berkongsi’ lawyer dengan pembeli.Maka caj yang dikenakan kepada Tuan/Puan hanyalah sedikit sahaja iaitu di bahagian disbursement. Itu bagi kos S&P sahaja.
2) Kos Agensi / Ejen
Lantikan ejen hartanah adalah lantikan profesional yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia iaitu maksima sebanyak 3.00% dari harga jualan dan ditambah dengan Caj GST iaitu sebanyak 6% dari Kos Agensi / Ejen iaitu berjumlah 3.18% dari harga jualan rumah.
Tugasan ejen hartanah meliputi pengiklanan, kerjasama antara ejen hartanah lain, bantu hubungkan antara peguam, banker, owner dan buyer. Dalam kata mudah, menjaga hak dan kepentingan dua (2) pihak iaitu owner dan buyer.
3) Cukai CKHT / RPGT
“Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain)” dari web HASiL.
Berita baik, pengecualian sekali seumur hidup diberikan. Jadi buat keputusan terbaik, hartanah mana yang anda ingin buat pengecualian.
PROPERTY TIPS: PEMILIKAN HARTANAH MALAYSIA OLEH WARGA ASING
Sama seperti bagaimana warga asing telah
diterima dengan sambutan hangat ketika melawat negara kita, mereka juga
digalakkan oleh kerajaan Malaysia untuk bersara di Malaysia dan melabur
dalam hartanah Malaysia. Sebelum memulai pindahan anda, anda perlu
memahami dasar-dasar tertentu dan yuran-yuran yang dikenakan oleh
kerajaan kepada warga asing. Oleh itu, artikel ini adalah panduan anda
untuk pengetahuan hartanah Malaysia yang ada kepada orang asing, nilai
minimum harta yang dikenakan oleh pihak berkuasa negeri, dan pembiayaan
hartanah di Malaysia.
Apakah jenis-jenis hartanah yang boleh dimiliki oleh warga asing?
Pemilikan hartanah daripada warga asing adalah agak liberal (warga
asing juga boleh memiliki 100% daripada harta itu) di Malaysia selepas
keperluan minimum dipenuhi. Menuruti undang-undang dasar, warga asing
boleh memiliki semua jenis harta kecuali:
- Hartanah yang bernilai kurang daripada RM1 juta
- Unit kediaman kos rendah dan sederhana seperti yang ditakrifkan oleh pihak berkuasa negeri
- Hartanah di atas Tanah Rizab Melayu
- Hartanah diagihkan kepada Bumiputera dalam mana-mana projek pembangunan hartanah seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri
Secara ringkasnya, warga asing boleh memperoleh banglo, rumah teres,
kondominium, rumah pangsa, harta tanah, unit studio, hartanah komersil,
harta perindustrian, tanah pertanian (kecuali Melayu Reserved Land) dan
tanah industri (kecuali Melayu Reserved Land).
Apakah keperluan minimum untuk nilai harta warga asing?
Secara umumnya, nilai sebanyak RM1 juta adalah had bawah kepada
pembeli asing di setiap negeri. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa
negeri boleh mengubah nilai minimum di negeri-negeri di kawalan.
Bagaimana warga asing boleh membeli dengan harga yang lebih rendah?
Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) merupakan satu program yang
dilancarkan kepada warga asing yang ingin tinggal di Malaysia untuk
tempoh masa yang panjang (selama 10 tahun). Sebilangan besar orang asing
yang pernah bekerja di Malaysia telah memohon program ini untuk
persaraan mereka di Malaysia. Sebelum membuat permohonan, warga asing
berusia di bawah 50 tahun dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya
RM500,000 dalam Akaun Simpanan / Akaun Semasa / Simpanan Tetap manakala
warga asing yang berumur lebih dari 50 tahun perlu mempunyai
sekurang-kurangnya RM350,000 dalam akaun yang sama. Walaupun kelayakan
yang agak sukar, satu manfaat yang jelas adalah bahawa MM2H memberikan
warga asing akses kepada harta bernilai rendah.
Jadual di bawah menunjukkan nilai yang paling rendah warga asing boleh membeli hartanah dengan / tanpa MM2H.
Jadual di bawah menunjukkan nilai yang paling rendah warga asing boleh membeli hartanah dengan / tanpa MM2H.
Pembiayaan dengan Pinjaman Rumah
Margin pembiayaan boleh sampai sehingga 80% bagi peserta MM2H,
manakala warga asing yang tidak menyertai MM2H biasanya hanya boleh
mendapat 70% margin pembiayaan. Selain itu, warga asing biasanya akan
mendapat faedah yang lebih baik jika meminjam daripada bank-bank asing
di Malaysia. Namun begitu, seseorang warga asing yang berkahwin dengan
warga Malaysia adalah berlainan ketika memohon pinjaman perumahan. Dalam
kes ini, pasangannya dikehendaki untuk mengambil bahagian dalam
pembiayaan pinjaman tersebut untuk mendapat margin pembiayaan setinggi
90%.
Klik di sini untuk membanding pinjaman perumahan di Malaysia.
FAQ Umum
Saya warga asing dari Singapura /Singapura PR dan saya memiliki rumah
pangsa HDB, bolehkah saya membeli hartanah kediaman swasta di Malaysia?
Pembaca yang mempunyai pertanyaan ini perlu memperhatikan dasar perumahan Singapura. Menuruti HDB InfoWEB, sesiapa yang memiliki rumah pangsa HDB hanya boleh membeli harta swasta sama ada di Singapura atau di luar negara selepas 5 tahun sejak kali pertama memiliki rumah pangsa HDB tersebut, tidak kira sama ada rumah begitu sudah dijual kepada orang lain.
Pembaca yang mempunyai pertanyaan ini perlu memperhatikan dasar perumahan Singapura. Menuruti HDB InfoWEB, sesiapa yang memiliki rumah pangsa HDB hanya boleh membeli harta swasta sama ada di Singapura atau di luar negara selepas 5 tahun sejak kali pertama memiliki rumah pangsa HDB tersebut, tidak kira sama ada rumah begitu sudah dijual kepada orang lain.
Kesimpulan
Anda mungkin tahulah banyak dasar-dasar telah dibuat untuk membendung
kenaikan harga hartanah di bandar-bandar utama. Selain daripada itu,
Malaysia masih sesuatu negara yang mesra dengan kos persaraan yang agak
murah. Pastikan anda bersedia sepenuhnya dengan wang anda dan menikmati
kehidupan yang menghiburkan ketika mendiami di kawasan masyarakat
berbilang kaum.
info dari: https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/pemilikan-hartanah-malaysia-oleh-warga-asing















